Kesan kekurangan air

by Hasny on June 16, 2011

Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap system kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.
Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat transportasi oksigen dan zat-zat makanan pun boleh terganggu.
Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus kerja ekstra keras. Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.
Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Sehingga fungsi sel-sel otak tidak berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah stroke. Karena itu jangan sampai kekurangan air!!!
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  4. Tekanan darah menurun
  5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  6. Lesu pada waktu siang
  7. Sakit belakang
  8. Dehidrasi
  9. Sakit kepala
  10. Memperlahankan kadar metabolisma
  11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  12. Sendi dan otot mengalami kekeringan
  13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  14. Meningkatkan keinginan untuk makan
  15. Darah menjadi pekat
  16. Mudah keliru.
  17. Degupan jantung meningkat
  18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya. Bagi yang ingin menambah ilmu didada tentang manfaat air putih boleh klik sini.
“PREVENTION IS BETTER THAN CURE”

 

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Active WebCam software for IP or USB camera

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 6 comments… read them below or add one }

Abang Long June 20, 2011 at 5:17 pm

Salam…info yg berharga..ada juga org yg kata air tu tak semestinya air putih…air manis pun xpe, cuma kalau air manis takut ada risiko kencing manis pulak.

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/siapa-lagi-pandai-masak.html

Reply

Hasny June 21, 2011 at 8:53 am

w.salam abglong..
timakasih sudi baca article sy. dan tq sudi komen. air manis boleh aje tapi tak boleh minum byk dan kena kurangkan gula. bagi sy kalau air putih memang sesuai kalau nak minum banyak. lgpun dlm pemakanan kita seharian pun dah begitu byk kandungan gulanya… ni mesti suka minum teh tarik nih!! :-)

Reply

iNNrpeace June 21, 2011 at 11:11 pm

Nice Entry!!!
bila baca sal air ni.. 18 tanda2 tu.. 14 dah jadi kat kita.. ;’(
sbb kita susah nak minum air banyak2..
huhuhhuu.. seramm plak ble baca..
nak minum air banyak2 la lepas ni…

Reply

Hasny June 22, 2011 at 8:49 am

salam.
tq sudi baca article sy. secara jujur, sy pun susah nak minum air byk2 esp air masak.. cuma kebelakangan ni mula praktikkan 3 liter sehari.. dgn itu berat badan maintain ideal dan badan lebih sihat. jom tolak tepi air manis.. :-)

Reply

Ali Kanchan aka Pirate June 23, 2011 at 10:32 pm

saya setuju. Air putih penting utk badan kita terutama sekali untuk metabolisme bg yang diet…

Reply

Hasny June 24, 2011 at 9:03 am

tq mr ali kanchan aka pirate sudi baca article sy. kalau setuju… jom kita minum dulu.. minum air masak je.. :-)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: